Khamis, Februari 25, 2010

Salah tanggapan berkaitan hosting

Di kesempatan ini ingin saya berkongsi pendapat dengan rakan-rakan semua mengenai salah tanggapan berkaitan hosting di kalangan kita. Di mana ramai yang beranggapan kandungan laman web kita tidak akan terpelihara apabila menggunakan hosting percuma. Jika di teliti secara mendalam, kenyataan ini tidak lah benar 100%... memang benar jika kita menggunakan hosting percuma seperti akaun blogspot.com ini dan sebagainya, laman web tersebut pada bila-bila masa sahaja boleh di tutup. Begitupun, masalah ini lebih kepada ketidakfahaman kita mengenai syarat-syarat yang di nyatakan. Di mana sekiranya kita mengikuti syarat-syarat tersebut, insyallah laman web kita tidak akan ditutup ataupun di gantung.

Begitu ramai yang beranggapan, apabila mempunyai hosting berbayar maka laman web kita tidak boleh ditutup ataupun digantung begitu sahaja. Inilah yang saya katakan salah tanggapan, kerana walaupun kita membayar(atau lebih tepat menyewa) ruangan hosting di syarikat penyedia hosting tersebut, kita masih terikat dengan syarat-syarat mereka. Kebanyakan syarikat penyedia hosting tidak membenarkan anda meletakkan artikel-artikel yang negatif seperti lucah atau porno, artikel berkaitan warez atau sebagainya. Apabila mereka mendapati anda melanggar syarat-syarat mereka, laman web anda boleh digantung(bagi penyedia hosting yang lebih ekstrem akaun anda boleh ditutup begitu sahaja). Bukan itu sahaja, malahan ada juga penyedia hosting yang menawarkan unlimited(tiada had) bandwidth bulanan tetapi apabila laman web anda terutama skrip-skrip(yang dijalankan secara automatik) di laman web anda menggunakan terlalu banyak resource(bergantung kepada syarikat terbabit), akaun anda juga boleh digantung tanpa sebarang pemberitahuan(selalunya digantung dahulu baru diberitahu apa sebabnya, dan setelah permasalahan tersebut berjaya diatasi barulah akaun anda akan di pulihkan semula).

Kemudian, ada pula yang beranggapan dengan mempunyai hosting berbayar anda tidak perlu risau akan keselamatan laman web anda(dalam bahasa lain, laman web anda tidak boleh di hack). Ini juga sebenarnya tidak tepat, kerana laman web anda boleh sahaja di hack pada bila-bila masa dan ini tidak ada sangkut paut dengan hosting berbayar atau tidak tetapi lebih kepada tahap keselamatan pada laman web anda sendiri. Apatah lagi ramai yang menggunakan CMS atau sistem blog seperti Joomla,Drupal, Wordpress dan sebagainya. Laman web saya sendiri(menggunakan sistem blog Wordpress) pernah di hack dan laman web ini di hosting pada hosting berbayar. Pihak hosting tidak langsung mengetahui laman web saya telah di hack(sayapun tidak report kepada mereka). Untuk makluman anda juga, laman web tersebut hanyalah merupakan satu temnpat untuk saya pelajari wordpress(erti kata lain tiada pengunjung kecuali saya). Laman web yang seperti ini juga tetap menarik minat para hacker untuk cuba menghacknya apatah lagi laman-laman web yang lebih popular tak gitu?. Jadi di manakah logiknya apabila anda mengatakan dengan mempunyai hosting berbayar, laman web anda tidak boleh dihack? Malahan kalau di lihat, laman web blogspot dan yang seumpamanya adalah lebih tinggi tahap keselamatannya daripada menggunakan hosting berbayar yang dikendalikan syarikat-syarikat kecil(bayangkan sekiranya mereka mempunyai 1 programmer/technican untuk mengendalikan beratus-ratus laman web, sudah tentu ada yang tercicir bukan).

Kemudian ada pula yang beranggapan, hosting percuma tidak dapat memberikan kta banyak ilmu berkaitan dunia hosting itu sendiri. Sekali lagi saya katakan ini adalah salah tanggapan kerana saya sendiri bermula dengan laman web percuma dan kini saya dapat juga beberapa ilmu yang boleh digunakan. Apatah lagi dewasa ini, kebanyakan hosting percuma ada menawarkan PHP dan MySql. Malahan ada juga yang menawarkan CPanel dan sebagainya. Jadi banyak yang anda boleh pelajari. Apa yang penting, anda mengetahui apa spesifikasi atau standard industri web yang terkini dan cari hosting yang menawarkannya.

Selain itu, jika anda bercadang untuk memiliki hosting berbayar pastikan anda membuat bancian terlebih dahulu atau dapatkan pandangan daripada rakan-rakan, ahli-ahali forum atau sebagainya berkaitan hosting tersebut. Ketahui uptime server mereka, customer support dan sebagainya. Bukan apa, anda pasti akan berasa kecewa sekiranya selepas sebulan memiliki hosting tersebut syarikat penyedia bungkus atau tutup perniagaan. Kalau ini berlaku, anda bukan sahaja kehilangan data-data tetapi juga kehilangan wang di sini :). Oleh itu, pastikan anda membuat keputusan yang sewajarnya sebelum memilih di antara hosting percuma atau tidak.