Jumaat, Disember 25, 2009

Dapatkan Hosting percuma

Dapatkan hosting secara percuma di hostbluecow. Pihak hostbluecow ni mempunyai 2 pakej iaitu Shared dan Reseller. Di mana untuk shared hosting(mengikut laman web beliau), menawarkan 2.5GB kapasiti storan dan 25GB bandwidth. Begitupun pakej ini hanya dibenarkan menghos 2 laman web sahaja. Malahan untuk memiliki pakej ini anda perlu mempunyai domain sendiri. Pihak hostbluecow tidak menyediakan subdomain untuk anda. Jadi bagi mereka yang ingin mencuba CPANEL dan sebagainya boleh dapatkan hosting ni secara percuma. Oh ya hampir terlupa, promosi ini akan berjalan sehingga 1 Julai 2010 sebelum mereka dilancarkan(sekarang ini masih dalam peringkat percubaan).

Saya sempat bersembang dengan Mr. Ronald Goh(pemilik hosting ini) melalui Live Chat di laman web tersebut. Mengikut kata Mr. Ronald, pakej reseller berkemungkinan akan di caj dalam lingkungan USD6-USD9 sebulan bagi 2GB kapasiti dan 5 account. Begitupun ianya belum ditentukan, jadi kalau anda mempunyai pandangan yang lain bolehlah berkongsi dengan beliau.

Manakala propagation time pun kira ok juga dalam masa beberapa minit sahaja, ini berdasarkan percubaan saya menukar nameserver salah satu domain saya kepada hostbluecow. Ianya mungkin berbeza bagi anda, domain tersebut sebelum ini di host kan di sebuah syarikat hosting Malaysia dan hostbluecow kalau tak salah saya bertempat di US.

Jadi apa lagi yang ditunggu, dapatkan la promosi ni sementara stok masih ada.

Klik di sini: hostbluecow

Isnin, Disember 21, 2009

Waaa ada orang mengorat aku lagi siot!!!!

Hehehe... tajuk post kali ni ada macam bau-bau terkembang hidung sendiri tak ahahaha. Tapi sebenarnya ni adalah pengalaman sebenar diri saya dan dah banyak kali berlaku tapi nasib baik dan alhamdullilah sebabnya saya masih tak terjatuh ke lembah yang diorang ikuti tu.... Sebenarnya hari Sabtu yang lepas, saya keluar ke pekan Salak Tinggi. Saja-saja ambil angin dan keluar membeli barang keperluan sikit. Sampai di Salak Tinggi tu baru la teringat yang prepaid dah pun kiok so bila ternampak 7-Eleven terfikirla untuk membeli topup. Nak di jadikan cerita masa mintak topup dari mamat pekerja 7E tu saya tersilap sebut topup da(saya pakai tutttttt tapi tersebut tuttttttttttt ekekkeke). Nasib baikla mamat tu belum keyin kan lagi pembelian saya tu, so bolehla tukar dan masa ni pun mamat tu nampak lain macam je. Siap tanya saya lagi, "Abang ni OK ka?". Saya ketawa sajala dah silap saya kan. Masa dia nak beri resit pembelian topup tu alih-alih dia pegi sentuh tangan saya. Terkejut skit(untuk pengetahuan korang saya nie lelaki ahahahhah) sebab cara dia sentuh tu rasa macam nak meraba da ahak. So saya pandang muka dia, dan korang semua nak tahu apa yang dia buat? Hahahahhaha boleh la pula dia pegi kelip-kelip mata dia sambil buat flying kiss beb ahahahhahahahahhah. Aduhai tersentak tengok mamat tu, dan apa lagi cepat-cepatla buat langkah seribu keluar dari 7E tu. Aduyai... tak pasti ni dah kali keberapa saya kena ngorat dek geng-geng 'GAY' ni. Dulu pernah dalam LRT siap kena raba lagi ahahahhah tapi alhamdullilah la saya masih lagi straight walaupun takde awek nie hehehhehehheh So kalau-kalau geng-geng nie ade terbaca kisah saya nie tolonglah ye jaga perilaku tu, jangan ingat semua orang satu kepala macam anda ye.....

Khamis, Disember 17, 2009

Akhirnya ku miliki jua HostGator akaun daaaaaaa...

Sebenarnya dah lama pun saya mengetahui berkenaan promo HostGator ni cuma agak keberatan untuk mencuba walaupun selepas akaun hosting saya yang terdahulu telah di suspend atas sebab2 yang tidak diketahui. Saya pula jenis yang malas nak bertegang urat selepas 2-3 kali email sana email sini akhirnya saya rase cukuplah proses tu dan lupakan sahaja. Kalau diikutkan itu merupakan hak kita sebagai pembeli untuk mengetahuinya, tapi entahlah... Bayaran untuk setahun pun hangus macam tu sahaja, apa nak buat ye dak??

So selepas kejadian tu saya agak serik untuk membeli hosting nie dan cuba untuk fikir semasak-masaknya sebelum membeli mana-mana akaun hosting. Di sebabkan itu jugalah, saya membiarkan laman web portfolio saya di host di hosting percuma dan dalam jangka masa 2-3 bulan tersebut, 3 hosting percuma yang saya cuba.

Pertama sekali ialah byethost.com, spesifikasi hosting ni agak memuaskan bagi rate mereka("hosting percuma"). Mereka juga adalah diantara hosting percuma yang aktif membuat promosi malahan laman forum(tidak diselia oleh pekerja-pekerja mereka) mereka juga agak friendly dengan ramai yang sudi untuk membantu anda jika mempunyai masalah. Begitupun apa yang dapat saya rasakan, hosting ini akan melakukan redirection kepada laman web pengiklanan mereka pada waktu-waktu tertentu. Saya masih tidak pasti sebab berlakunya perkara ini.

Oleh itu, saya membuat keputusan untuk menukar hosting. Dan kali ini saya berjaya mendapatkan hosting kepunyaan rakyat malaysia iaitu YinyangHost.com. Di sini, pemilik yinyanghost bermurah hati untuk memberikan hosting percuma kepada mereka yang memberikan post di forumnya. Saya sempat menggunakan lebih kurang 3-4 minggu, setelah 3-4 hari saya menukarkan Nameserver laman web portfolio saya kepada yinyanghost ini, sesuatu yang mendukacitakan berlaku. Tiba-tiba sahaja laman web saya tidak dapat diakses dan bila di selidiki lebih lanjut, barulah saya tahu rupa-rupanya yinyanghost.com juag tidak bertahan. tak pasti apa yang berlaku terhadap hosting ini.

Menyedari perkara ini, saya pun menggunakan khidmat obosor.com, tak banyak yang saya ketahui daripada penyedia hosting percuma ini. Cuma berkemungkinan ianya menggunakan sistem reseller byethost.net berdasarkan VPANEL yang digunakan. Begitupun itu hanya tekaan sahaja dan 2-3 hari sebelum ini, saya mendapati laman web mereka juga telah dikemaskini dan dipercantikkan(kira di buat make over la). Pada mulanya semua berjalan lancar, begitupun selepas sahaja saya membuang data default MX address(ini disebabkan saya menggunakan Google Apps bagi mengakses email-sebabnya saya inginkan fungsi GTALK), satu lagi masalah timbul dan saya cuba perbetulkannya sendirian. Setelah berhempas pulas dekat sehari suntuk masih tidak berjaya maka saya menghantar tiket bertanyakan perkara terbabit. Apa yang lebih memeranjatkan saya selepas itu ialah laman web saya terus tidak dapat di akses(walaupun ftp berjalan baik). Ermmm di sini saya rasa agak musykil, marah dan seangkatanya, tapi kalau diikutkan nak marah pun tak boleh sebabnya saya bukan pun bayar untuk menggunakan hosting mereka. Dekat 2-3 hari jugalah perkara ini terbiar sementara saya cuba mendapatkan penyelesaian yang lain. Bermakna saya dah rugi juga tu, yelah mana lah tahu kalau-kalau ada pelanggan yang cuna menghubungi saya melalui email tersebut.

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menggunakan akaun hosting berbayar saya(dengan penyedia hosting tempatan), mana lagi JomHosting.net la. Dah lebih 2-3 bulan juga saya beli tapi tak terpakai-pakai lagi sebabnya projeck yang ingin dilancarkan itu masih berada dalam mimpi daaaaaaa hehhehehehhe. Hosting nie kira hosting bajet la dan mampu milik untuk rakyat Malaysia hehhehehe dan pemiliknya iaitu Bro WanMus pun seorang yang ramah dan mesra pengguna gitu. Cuma biasalah kalau dah murah kan jadi pasti adenya masalah, tapi tak la sekerap penyedia hosting percuma. Kira oraitla untuk laman web saya yang tak mempunyai ribuan pengunjung hehhehe. Satu lagi kalau bab-bab teknikal agak payah juga dengan JomHosting ni, tapi kalau diikutkan perkembangan nampaknya Bro WanMus tengah cuba mencari technician/programmer dan customer support. Berita baik tu dan harap-harap lepas nie bahagian teknikal JomHosting akan lebih lancar daripada sekarang.

Jadi berbalik kepada hostgator, saya telah membeli satu akaun hosting HostGator sebagai percubaan untuk sebulan ni. Saya telah mengambil pakej Baby yang berharga $9.95(bagi langganan bulanan atau setahun) dan mengaktifkan kupon 'wordpress'. Kupon ini memberikan diskaun $9.94 dari harga asal untuk bulan yang pertama dan juga bagi pelanggan baru sahaja. Oleh itu, saya berjaya mendapatkan hosting tersebut selama sebulan dengan bayaran $0.01 sen sahaja. Ya betul tak tipu punya ni, tapi untuk bulan berikutnya caj yang dikenakan akan kembali kepada harga normal. Setakat ni saya belum buat apa-apa lagi dengan hosting tu sebab agak sibuk untuk 2-3 hari nie, tempahan masih tak siap-siap agi da....

Ok la yer kengkawan rasanya cukuplah sampai di sini sahaja, lain kali kita bertemu lagi yeahaaaaaaaaaaaa

Rabu, Disember 02, 2009

Refund refund refund

Apabila mula-mula login email malam nie sesuatu yang menarik dan menggembirakan bagi diri saya sebabnya regular customer IM melalui GTALK inginkan tempahan baru. Setelah selesai segala urusan, saya pun mula lah menyemak email dan tiba-tiba terperasan adanya satu email dari customer yang agak payah untuk berurusan(banyak cekadak la ahak ahak)... Rupa-rupanya beliau memberitahu bahawasanya beliau akan minta refund jika tidak melihat sebarang finishing product.

Marah tu marah gak la tapi malas nak kata apa, saya pun login ke PP dan terus send amaun yang beliau bayar sebagai downpayment. Inilah dilemanya dalam ramai-ramai customer pasti ada yang sebegini. Padahal telahpun di beritahu pada awal-awal yang saya hanya akan menyiapkan 3 konsep dan kemudian menghantar sample. Begitupun, atas permintaan beliau saya telah menyediakan lebih dari 3 konsep dan lebih dari satu sample. Tapi bila menanti keputusan beliau tak kunjung-kunjung tiba lemah aje semangat. Lagi lemah bila secara tiba-tiba dapat email beritahu yang beliau minta refund walaupun kalau diikutkan beliau susah nak menang refund dari PP apatah lagi ini bukanya produk fizikal :). Tapi malas nak cerita panjang kan so saya bagi aje refund.

Nampaknya terkena lagi saya kali ni.... Apa nak buat customer nie macam-macam ragam, kadang-kadang walaupun kita dah terangkan masih lagi diorang tak paham-paham ahak ahak.