Rabu, Disember 02, 2009

Refund refund refund

Apabila mula-mula login email malam nie sesuatu yang menarik dan menggembirakan bagi diri saya sebabnya regular customer IM melalui GTALK inginkan tempahan baru. Setelah selesai segala urusan, saya pun mula lah menyemak email dan tiba-tiba terperasan adanya satu email dari customer yang agak payah untuk berurusan(banyak cekadak la ahak ahak)... Rupa-rupanya beliau memberitahu bahawasanya beliau akan minta refund jika tidak melihat sebarang finishing product.

Marah tu marah gak la tapi malas nak kata apa, saya pun login ke PP dan terus send amaun yang beliau bayar sebagai downpayment. Inilah dilemanya dalam ramai-ramai customer pasti ada yang sebegini. Padahal telahpun di beritahu pada awal-awal yang saya hanya akan menyiapkan 3 konsep dan kemudian menghantar sample. Begitupun, atas permintaan beliau saya telah menyediakan lebih dari 3 konsep dan lebih dari satu sample. Tapi bila menanti keputusan beliau tak kunjung-kunjung tiba lemah aje semangat. Lagi lemah bila secara tiba-tiba dapat email beritahu yang beliau minta refund walaupun kalau diikutkan beliau susah nak menang refund dari PP apatah lagi ini bukanya produk fizikal :). Tapi malas nak cerita panjang kan so saya bagi aje refund.

Nampaknya terkena lagi saya kali ni.... Apa nak buat customer nie macam-macam ragam, kadang-kadang walaupun kita dah terangkan masih lagi diorang tak paham-paham ahak ahak.

Tiada ulasan: