Selasa, Oktober 27, 2009

Download Movie secara terus

Agak lama juga blog ni di biarkan tanpa sebarang kemaskini ataupun entri baru di sebabkan saya berada dalam situasi mood yang agak kurang...hehehe. Begitupun pagi ni semangat untuk menulis sesuatu kembali semula, dalam dok tercari-cari idea untuk menulis tu tetiba teringat la pula pasal kegemaran saya memuat turun movie secara terus tanpa menggunakan torrent. Kalau dulu torrent la pilihan utama apabila ingin memuat turun lagu, album, movie, software atau sebagainya hehhehe tapi sejak dua menjak ni terasa kekurangan torrent tu. Apatah lagi scene torrent itu sendiri semakin di cemari oleh anasir-anasir yang memalapkan scene ahak.

Maksud saya teralu banyak torrent yang di muat naik semata-mata untuk menyebarkan virus, trojan atau seangkatan dengannya. Malahan ada juga yang menggunakan torrent untuk mendapat pulangan atau untung seperti yang pernah berlaku beberapa ketika dahulu, di mana nama aXXo di pergunakan untuk mendapatkan subscribe bulanan daripada pengguna.

Bukan apa sudahlah nak download sesuatu movie tu makan masa, bila dah selesai download tu dan mainkan movie tu alih-alih perlukan password la, download software la ermmmm betul-betul tension la bila jadi lagu tu ha ha ha...

Oppsss...rasanya saya dah terlalu membebel ni, jadi balik ke perkara utama iaitu bagaimana untuk memuat turun filem secara terus... Apa yang saya lakukan sekarang ni ialah menggunakan khidmat Pakcik Gogel kita untuk mencari fail-fail di movie, mp3, komik dan sebagainya di laman-laman web file sharing seperti mediafire.com, megaupload.com dan banyak lagila.

  1. Mula-mula buka laman web pakcik gogel kita tu.
  2. Taip sintaks seperti ini: site:[lamanweb] [keyword]
    Contohnya saya ingin mencari filem Cloudy With a Chance of Meatballs, oleh itu saya akan menaip seperti ini- site:megaupload.com Cloudy With a Chance of Meatballs. Dengan cara ini, kita memberitahu pakcik Gogel kita agar memaparkan keputusan carian yang berkaitan dengan alamat laman web yang kita beri sahaja. Ini dapat menjimatkan masa kita untuk browse keputusan carian tu dan selalunya dari pengalaman diri saya sendiri di halaman pertama kita dah boleh berjaya mendapatkan keputusan yang kita inginkan.
  3. Apabila keputusan carian telah dipaparkan, anda perlu la menelitinya dan cuba memastikan yang mana satukah merupakan fail movie yang anda kehendaki. Sebagai contoh ada yang memuat naik fail dalam bentuk .mp4, .avi dan sebagainya. Bagi diri saya, saya lebih suka untuk mendapatkan format .avi kerana kualitinya ok(begitupun bergantung kepada cara save atau conversion si owner movie tu la) dan saiz nya tidaklah terlalu besar. Satu lagi tips, kalau anda hanya berminat untuk mendapatkan format tertentu sahaja, adalah lebih baik nama filem tu di akhirkan dengan format fail tersebut sebagai contoh Cloudy With a Chance of Meatballs.avi
  4. Pada pendapat saya, untuk filem atau movie saya lebih suka mencari di megaupload.com dan untuk album atau mp3 pula di mediashare.com atau 4shared.com. Ini di sebabkan di megaupload.com had maksimum untuk muat naik fail adalah dalam 1 GB(kalau tak salah saya), jadi fail-fail filem dalam bentuk avi boleh di muat naik secara percuma ke laman web ini(di mana kebanyakan fail avi dalam saiz 500MB-800MB, bergantung juga la). Satu lagi sebab kalau di megaupload.com ni, ada link untuk melihat fail tu secara online(dia akan linkkan ke megavideo.com). Jadi sebelum saya muat turun fail tersebut, saya akan cuba lihat dahulu di situ sekadar memastikan ianya merupakan filem yang di inginkan... Manakala mediashare.com pula saya suka kerana tempoh menunggu nya tidak lama dalam beberapa saat sahaja dimana kadang-kadang tu kita tak terasa sebab laman web habis di load sahaja dah terpapar link untuk download tu... 4shared.com sebab saya boleh dengar mp3 tu secara terus di laman web terbabit.

Kalau anda ada sebarang kemusykilan, jangan risau jangan malu tanya sahaja(dengan berikan komen kat sini la ahaks)... insyallah kalau saya boleh jawap saya jawap

Ok... dah pagi benar ni maka waktu tidur dah sampai da... biasala burung hantu kan ahak ahak selamat pagi semua ahak ahak

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

н ново

Tanpa Nama berkata...

blog paling gampang sekali...bangsat!! haram!!! mmg celaka!
sama ng kawan ko...
bangang!! idiot!

akuribena berkata...

Lor nie kenapa nie Saudara :)) bukankah menjadi anonymouse/tanpa nama tu dan sahaja dah menunjukkan kredibiliti anda :P anyway ceria-ceria selalu arap2 banyak wat pahala yer

akuribena berkata...

ehehhe anonymouse<--- bukan anonymous tau ahahahahhahahahahha len kali cuba2 la kawal mouse tu ek :P

mIdI & sUe berkata...

salam perkenalan . jom joint dan follow blog msueroomz
www.msueroomz.blogspot.com