Ahad, Ogos 30, 2009

Mendaftar domain dengan GoDaddy.com

Untuk mendaftar atau membeli domain melalui GoDaddy ni mula-mula sekali korang mestilah mempunyai Paypal ataupun kad kredit dan sudahpun membuka akaun di Godaddy(kalau belum klik di sini untuk membaca langkah-langkah membuka akaun GoDaddy)

Ok sekarang login ke akaun GoDaddy korang dan pi ke menu 'Domain>Register Domain' seperti gambarajah di bawah nie:

Kemudian, masukkan la nama domain yang korang nak daftar tu seperti di bawah:

Kalau domain tu masih belum didaftarkan oleh sesiapa, akan tertera seperti kat bawah nie. Kalau tidak korang cuba isi nama domain yang lain.

Kalau la ade tiba-tiba muncul page/halaman yang lebih kureng camni abaikan je dan terus ke langkah seterusnya macam dalam gambarajah tu, nie semua GoDadaddy nyer promo untuk buat sales ahak ahak.

Kemudian halaman ni akan muncul, di mana ianya untuk mengesahkan pembelian anda. GoDaddy ni pandai, dia akan set default pembelian untuk jangka masa yang paling tinggi(5 tahun). Oleh itu, adalah lebih baik korang pastikan dan tetapkan jangka masa bagi domain tersebut yang ingin korang beli macam kat gambarajah di bawah ni:

Bila dah tetapkan tu korang boleh la scroll ke bawah dan klik pada pilihan 'No thanks. Im ready to checkout' dan kemudian klik pada butang 'Continue' seperti gambarajah di bawah:

Korang akan di bawa ke halaman seperti di bawah di mana di bahagian atas tu adalah produk atau domain yang korang ingin beli. Pastikan kuantiti, tahun dan harga adalah seperti apa yang korang inginkan. Di mana harga domain yang di tawarkan GoDaddy tu akan di campur dengan yuran ICANN sebanyak USD0.18 sen.

So harga sebenar bagi pembelian korang akan di paparkan di bahagian 'Total Price' dan jumlah semua pembelian di bahagian bawah tu(Your Subtotal(USD)). Di bahagian 'Enter your promo or source code' tu abaikan, tapi kalau korang ade promo atau source code boleh la letakkan di kotak tu dan kemudian klik pada butang 'Apply Code', halaman ni akan di refresh dan harga baru bagi pembelian korang akan di paparkan. Promo atau source code ni boleh lah dianggap sebagai kupon diskaun GoDaddy.

Bila selesai bahagian tu, scroll ke bawah sedikit korang akan nampak bahagian seperti gambarajah kat bawah ni:

Jadi apa yang korang perlu buat ialah klik pada pilihan 'Paypal' sebab langkah yang den ajar ni ialah menggunakan paypal.

Juga pastikan korang dah tandakan pada pilihan 'I have read...' tu dan juga baca serta fahami terlebih dahulu apa yang di nyatakan di dalam terms tu. Bila dah siap tu semua, apa lagi boleh la korang klik pada butang 'Continue With Checkout' tu(macam kat dalam gambar atas tu...).

Sekarang korang akan di bawa ke halaman login paypal korang seperti di bawah ni:

Apa yang korang perlu buat ialah masukkan alamat email dan kata laluan akaun paypal korang dan login. Tapi sebelum tu pastikan yang url address tu bermula dengan 'https://www.paypal.com' sebagai langkah keselamatan.

Kemudian skrin seperti di atas akan di paparkan, untuk keselamatan adalah lebih baik korang membaca 'Biling Agreement' tu. Bila dah abis dan paham serta setu ju dengan perjanjian tu, boleh la tekan pada butang 'Agree and Continue' macam di atas. Dengan mengklik butang tu, korang bersetuju dengan perjanjian jual beli yang dinyatakan dan memberi kebenaran untuk pihak GoDaddy mengcaj akaun paypal korang seperti yang di nyatakan.

Dan skrin di bawah ni pula akan muncul menandakan perjanjian jual beli telahpun berjaya di laksanakan dan korang bolehlah klik pada butang seperti di gambarajah di bawah:

Maka korang akan di bawa kembali ke halaman web GoDaddy seperti di bawah:

Korang bolehlah mula isikan data-data tu atau biarkan yang default(seperti mana yang korang daftar akaun sebelum ni). Kalau ade Kod Gift Card tu bolehlah isikan pada kotaknya dan bila dah selesai bolehlah klik pada butang Place Your Order tu.

Dan skrin ni pula akan muncul, maka masukkan kod seperti yang di tunjuk pada bahagian 'Access Code' tu dan klik butang 'Verify Code'.

Ok bila dah selesai, skrin ni akan di paparkan dan ini bermaksud pendaftaran domain korang telahpun selesai. Kalau korang scroll ke bawah lagi, akan ada bermacam offer atau promo daripada pihak GoDaddy ni, kalau korang berminat bacala kalau tak abaikan sahaja.

Untuk memastikan yang domain tu dah di daftarkan di bawah akaun korang, pegi ke menu di sebelah tu dan klik pada bahagian 'Domain Manager'(macam yang di tunjuk di gambar bawah ni):

Dan satu window atau tab baru akan muncul memaparkan senarai domain yang telah di daftarkan di atas akaun korang tu macam contoh di bawah nie:

So Tahniahla sebab korang dah berjaya mendaftarkan domain baru korang...YIPPIE kataku ahak ahak.

Bagi sesiapa yang tak mempunyai akaun paypal, kedit kad or sebagainya tapi ingin membeli domain melalui GoDaddy ni bolehla email den dan harga mengikut apa yg GoDaddy dah tetapkan di laman web dia tu la(den ade amik untung kek sini melalui penggunaan diskaun kupon ahak ahak). Jangan malu-malu or segan-segan email la den yer :P

Membuka akaun GoDaddy.com

Bagi yang dah biasa dengar godaddy tu mesti dah tau apa itu godaddy kan, bagi yang kurang pasti tu GoDaddy ni adalah merupakan salah satu pendaftar domain internet yang sah. Selain itu, GoDaddy juga ada menyediakan perkhidmatan yang lain seperti email hosting, web hosting dan pelbagai lagi. Begitupun den tak syorkan korang mencuba perkhidmatan GoDaddy selain pendaftaran domain, tapi kalau korang nak cuba silakan ahak ahak(pengalaman sendiri lebih baik daripada orang lain kan ahaks).

Kenapa den syorkan beli domain daripada GoDaddy nie? Sebabnya mudah sangat-sangat, MURAH dan bagi den sendiri tiada pendaftar lain yang dapat celen buat masa ni. Bagi pendaftaran .com hanya dikenakan USD10.69 setahun dan kalau di convert ke RM(bagi rate hari ni ialah 3.52) maka jadilah RM37.62. Sebenarnya kalau di Malaysia ni boleh dapat murah lagi contohnya seperti di jomhosting.net(RM35 setahun) dan mercumaya.net(RM30 setahun). Tapi melalui GoDaddy, korang bukan sahaja mendapat nama domain tetapi percuma email hosting(1 akaun) dan email forwarder(sehingga 100 akaun), amatlah bersesuaian bagi mereka yang hanya ingin menggunakan akaun blogspot sebagai hosting(maka blog korang nampak lebih profesional la dengan nama blog .com dan juga ade alamat email under address blog korang).

So untuk mendaftar domain daripada GoDaddy ni, mula-mula sekali korang buka laman web GoDaddy.com tu kemudian kat atas sekali tu ade menu 'Create Account'(macam gambar kat bawah ni), hah klik la kat situ.

Kemudian satu borang/form akan di paparkan, korang isi la maklumat kat situ. Korang nak isi maklumat betul ka tipu ka terpulang la cuma pastikan alamat email yang korang kasik tu ialah email yang selalu korang guna dan aktif. Sebab apa-apa info berkaitan domain korang akan di email ke situ contohnya penukaran kata laluan.

Apabila dah siap diisi borang tu dan dah dihantar, korang akan di bawa ke satu page/halaman seperti kat bawah nie:

Ok... maksudnya korang dah berjaya la membuka akaun GoDaddy nie.... Simple aje kan.

So macam mana nak beli domain daripada GoDaddy nie? Korang boleh baca artikel yang den buat ni--> Daftar domain dengan GoDaddy

Jumaat, Ogos 28, 2009

Rejeki Ramadan Aminnnnnnnnnnnnn

Maaflah sebab beberapa hari ni den tak menulis post baru di blog nie. Puasa pertama hari tu den balik kampung selama 2 hari untuk menyambut puasa bersama-sama my beloved parents ahak ahak. Balik-balik dari kampung, tu dia pelanggan masuk pula belum lagi campur dengan tempahan yang duk sedia menunggu sebelum Ramadan untuk disiapkan. Tu yang tak dapat den nak menulis kat blog nie. Tapi apa-apapun alhamdullilah sebab Allah murahkan rejeki untuk den. Oh yeah, bagi sesiapa yang ade bakat dan skil berkaitan grafik nie kalau berminat nak buat duit lebih di internet bolehlah cuba-cuba tawarkan khidmat korang secara online. Kat bawah ni den senaraikan beberapa laman web yang den aktif menawarkan khidmat lukisan digital(secara vektor):
  • scriptlance.com - Laman web nie berasakan proses bidaan, dimana korang boleh membida sesuatu projek yang di post(tapi kena berdaftar dahululah). Laman ni merupakan laman peberet den sebab caj yang dikenakan adalah yang paling murah iaitu 5% daripada bidaan kita atau USD5(yang mana lebih tinggi). Selain tu, bila kita withdraw duit dari akaun SL kita, tiada sebarang caj yang dikenakan oleh paypal. Caj di kenakan apabila bidaan korang berjaya, oleh itu bagi akaun baru akan ada kemungkinan akaun hanya mempunyai baki negatif. Selain itu, bagi akaun baru, withdraw hanya di benarkan selepas 30 hari daripada tarikh bayaran penuh yang pertama.
  • rentacoder.com - Laman web ini lebih banyakprojek-projek berasaskan programming begitupun terdapat juga projek designing(tapi tak banyak la). Caj yang dikenakan pula adalah diantara 0-15%, bergantung kepada jenis-jenis bidaan. Di mana 0% bagi bulettin board(pelanggan request sesuatu daripada kita, di mana beliau yang akan membayar caj kepada Rentacoder. Begitupun amat sukar untuk melihat pelanggan menggunakan bidaan ini disebabkan caj yang dikenakan agak mahal iaitu USD50 untuk post kerja terbabit). 7.5-10% untuk bonus atau direct payment iaitu pelanggan memberi bonus ataupun membayar secara terus kepada kita tanpa mengepost projek. 10-12.5% pula untuk bidaan One on One project/Enhancement, iaitu pelanggan membuka projek baru yang berkaitan dengan projek lama diantara kita dan pelanggan. 12.5-15% dikenakan untuk bidaan jenis Private iaitu pelanggan membuka projek khas untuk kita(oleh itu hanya kita sahaja yang boleh membida) dan juga untuk Projek biasa(Open Auction). Withdraw hanya dibenarkan samada pertengahan atau penghujung bulan(bagi withdraw menggunakan selain paypal). Bagi paypal, korang boleh setkan dalam akaun korang untuk auto withdraw apabila menerima bayaran daripada pelanggan. Selain itu caj standard paypal akan di kenakan bagi setiap withdraw duit dari akaun rentacoder ke paypal.
  • getafreelancer.com - Yang nie pula mengenakan caj US$5 atau 10% daripada bidaan kita, yang mana lebih tinggi. Seperti scriptlance, caj akan dikenakan setelah bidaan kita berjaya. Den kurang aktif di sini, tapi kadang-kadang dapat pelanggan daripada laman ni(dan kebanyakan pelanggan den lebih gemar membayar secara direct ke akaun den. Tak tahu kenapa camtu pulak dan pasal ni jugalah akaun den di getafreelancer ni dah berada dalam nilai baki negatif ahak ahak)
  • 99designs.com - laman web ni menawarkan pertandingan(contest) logo, web template, stationery item, illustration dan sebagainya. Hadiah yang di tawarkan di laman web ini juga agak menarik dimana hadiah minimum ialah USD100 begitupun ianya bergantung kepada jenis pertandingan itu sendiri dan competition di laman web ini amatlah sengit dan kebanyakan peserta mempunyai design skill yang tinggi.
  • crowdspring.com - seperti 99designs.com, ini juga merupakan laman web yang menawarkan pertandingan rekaan dimana hadiah yang ditawarkan ialah serendah USD200(bergantung kepada jenis pertandingan itu sendiri). Competition dah tentu sengit sebab ramai designer yang melepak kat sini ahak ahak.
Selain daripada tu ada banyak lagi laman web seperti elance.com, odesk.com, forums.digitalpoint.com, elogocontest.com dan logomyway.com. Ada lagi sebenarnya dan kalau korang teringin ari yang lain tu bolehlah gunakan khidmat Pakcik Gogel kita ahak ahak. Korang mesti tertanya-tanya kenapa senarai yang den berikan nie semuanya laman-laman web luar negara kan... Bagi den bila kita dah gunakan online nie lebih baik skop atau target kita lebih global, maka peluang kita lebih luas. Tapi bagi den sendiri, pelanggan tempatan dikenakan harga yang lebih murah berbanding luar negara... So cuba-cubalah, mana tau rejeki korang kan.

Jumaat, Ogos 21, 2009

Apa kata korang?

Kalau la korang berada dalam situasi mamat atas tu apa yang korang akan buat? Biarkan saja macam mamat kedua tu cakap "Dosa masing-masing?" atau korang halau tak pun maki seranah mamat dua ekor tu ehhehehehheheh? Tapi apa-apa pun harap-harap takde la insan-insan yang jadik macam mamat 2 ekor tu... kalau tak posa pun hormatlah sikit kat orang yang tak posa tu...even kalau ditengok kawan-kawan kita yang tak Islam pun pandai hormat beb. Takde la makan kat depan kita di ofis tu hah! So fikir-fikirkanlah ye...(hehhehe pinjam ayat sapa ek tu cam familiar je ahaks)

Khamis, Ogos 20, 2009

Puasa lalalala Puasa

Salam semua... puasa dah konpem hari Sabtu nie, jadi selamat berpuasa pada semua ya.

Hari ni nampaknya sekali lagi den tak dapat untuk menulis sebarang tutorial, ini di sebabkan dek kerana bertungkus-lumus menyiapkan vector binatang untuk kawan den menyertai satu pertandingan. Entah kenapa den baik hati betul bila menyiapkan 2 vector pula tu(badak sumbu-idea dari si bluehyppo dan monyet). Harap-harap kali ni sesuatu yang positif la sebabnya kalau kawan den menang secara tak langsung den pun menang ahak ahak(so dapatlah imbuhan sedikit).

Tapi yang seronoknya hari ni ialah den dapat 2 incoming mesej daripada customer. Di mana satu daripadanya dah pun mengkonfirmkan order beliau, kerjanya tak la terlalu rumit sebab tak memerlukan detail sangat. Di mana, beliau inginkan satu karekter dalam 5 tema dan yang bestnya tu bayarannya boleh tahan untuk projek yang sebegini(bagi rate den la). Dan yang betul-betul seronok nya target den untuk bulan ni berkemungkinan akan tercapai, yeahaaaaaaaaaaaa ceronot ceronot.

Satu lagi customer den tu baru bertanya sahaja dan customer yang nie merupakan customer tempatan. Beliau inginkan illustrasi ala-ala zaman sebelum merdeka, agak komplikasi juga nie sebabnya den tak pernah lagi buat sesuatu sebegini. Tapi untuk mempelbagaikan stroke dan juga skop kerja den, ini merupakan satu peluang yang agak baik juga. Tengokla macam mana nanti, den akan cuba buat satu sample dahulu dan kemudian lihat apa pendapat beliau.

Apa-apa pun, esok den akan balik ke kamnpung ahak ahak sambut posa pertama dengan mak bapa den. So 2 hari la den takkan berinternet(huh huh), berkemungkinan hari Isnin akan bertenet cam biasa kembali. Erm... Isnin ni nanti memang bizi la nampak gayanya.

Ok kawan-kawan akhir kata SELAMAT BERPUASA SEMUA

Rabu, Ogos 19, 2009

Kepenatan dan kepeningan

Adui.. aduii... ngeluh aje den hari ni. Dari siang tadi dok pulun menggodek blogspot nie dari satu ke satu benda. Tapi benda-benda nie semua hanyalah hobi den aje dan berkemungkinan la akan padam satu hari nanti sepertimana minat den pada dunia skrip mirc yang dah padam sekarang nie.

Cerita pasal mirc skrip nie teringat den bila masa mula-mula menjadi seronok dan taksub dengan dunia tu(bukan dunia chat mirc tetapi lebih kepada skrip mirc tu). Den tak ingat siapa yang memperkenalkan den dengan dunia skrip mirc nie tetapi yg kenalkan dunia mIRC ialah senior den kat ITM, bro Jantan and Kacung. Tapi masa tu depa setakat kenal-kenalkan cara-cara nak chat gunakan mIRC tu ja. Oh yeah baru den teringat bro Grob selalu bercerita pasal dunia skrip mIRC yang canggih dan den rasa sebab tu la den teramat-amatla teruja nak mendalami dunia tu hehehhehe. Ingat lagi bila masa den sentiasa terbaring bersama-sama buku nota yang di penuhi dengan kod-kod mIRC skrip. Tu semua di sebabkan takde duit nak beli PC masa tu hehheheh so alternatifnya den 'koding' di buku nota dan bila ada sen dan masa pergi ke Siber Kafe untuk mengtransferkannya. Entah berapa banyak duitla yang den labur untuk pergi ke Siber Kafe tapi masa tu memangla taksubnya, jadi tak endah sangat bab-bab kewangan tu(ye la dah la masa tu dunia student-FAMA kan ehehhehe).

Teringat gak sampai kawan-kawan den pernah bertanya "Apa yang kau dapat dengan main mIRC nie? Duit? Kopak adala". Tapi bila di fikirkan ada betulnya juga, kopak memang kopak, belajar entah ke mana tapi at least bagi den dengan mIRC skrip ni la penyebab den berminat dengan komputer nie. Sekurang-kurangnya sekarang nie komputer nie la yang menghasilkan sesuatu untuk diri den walaupun tak banyak tapi bolehlah buat beli rokok dan minum kopi kat kedai mamak ahahahahhaha.

Erm... entah kenapa tetiba nak bercerita pasal kisah silam tok kaduk pula... mungkin dah buang tebiat kot ehehhehe.

Selasa, Ogos 18, 2009

Cara menetapkan favicon blogspot anda

Yay, kita jumpa lagi dan kali nie den nak berkongsi cara untuk menetapkan favicon di blogspot. Bagi diri den sendiri, ianya tidaklah terlalu sukar untuk dilakukan. Jadi tanpa membuang masa apa kata kita terus kepada langkah pertama yeahaaaaaaaaa...
  1. Mula-mula apa yang perlu dilakukan ialah mendapatkan imej/ikon yang bersesuaian untuk di jadikan favicon. Ianya menyokong fail format IKON(.ico), GIF(.gif), JPEG(.jpg) dan PNG(.png). Begitupun format yang terbaik adalah .ico yang di sokong oleh kesemua browser(oleh itu favicon anda sentiasa dipaparkan). Manakala saiz yang bersesuaian ialah 16x16 piksel, begitupun anda boleh menggunakan saiz yang lebih besar tetapi tidak digalakan kerana imej tersebut berkemungkinan akan menjadi distorted(saiz ideal diantaranya ialah 16x16, 24x24, 32x32, 64x64). So macamana nak buat imej/ikon nie? Anda bolehlah menggunakan apa-apa program grafik yang boleh menyimpan sesuatu imej dalam bentuk format yang dinyatakan di atas ataupun kalau nak lagi senang boleh ke laman web Favicon Generator and Gallery atau FavIcon from Pics. Silalah ikuti arahan yang dinyatakan kat laman web tu untuk membuat favicon anda yer.
  2. Kemudian anda perlulah mengupload fail favicon nie ke akaun hosting korang. Kalau tiada akaun hosting, korang boleh la menggunakan laman web file sharing(seperti fileden.com), photo sharing(seperti fotopages.com) dan social networking(seperti facebook, myspace, tagged dan sebagainya). Kalau takde juga akaun di laman-laman web macam tu, korang boleh upload aje ke akaun blogspot korang dengan cara membuat post baru dan kemudian klik butang 'Add Image' untuk mengupload favicon korang tu. Bila dah selesai upload, klik pada tab 'Edit Html' dan anda akan melihat kod macam nie:
    <a onblur="try {parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}" href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjtsD1REJM-h3xKpF-8y-d1HofqTDCHT5GkzIAvLotTUZBGZ9kQs8lAe0teJiNubqeDbfufQVsHLi4vOXMsu7uIpdpz66Ce5StE3gPO1HQHr7yP27JWEpjUGwhkUBNPB3jYKlV0/s1600-h/komikmalaysia.gif"><img style="margin: 0px auto 10px; display: block; text-align: center; cursor: pointer; width: 100px; height: 100px;" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjtsD1REJM-h3xKpF-8y-d1HofqTDCHT5GkzIAvLotTUZBGZ9kQs8lAe0teJiNubqeDbfufQVsHLi4vOXMsu7uIpdpz66Ce5StE3gPO1HQHr7yP27JWEpjUGwhkUBNPB3jYKlV0/s400/komikmalaysia.gif" alt="" id="BLOGGER_PHOTO_ID_5371032806771721746" border="0" /></a>
    Perasaan tak perkataan yang den kalerkan merah tu, hah tu la url/alamat imej yang baru aje korang uploadkan tadi(korang punya akan berlainan sedikit la daripada yang den tunjuk tu). So itulah dia url/alamat/lokasi imej yang korang upload tadi dan kemudian 'SAVE AS DRAFT'. Nak publish post tu atau tak terpulang kat korangla.
  3. Sekarang pergi ke 'Layout>Edit HTML'. Di dalam kotak html editor tu korang paste kod nie:
    <link href='taip url/alamat/lokasi favicon korang kat sini' rel='shortcut icon'/>
    sebelum perkataan '</head>'. Jangan pula lupa tukarkan 'taip url/alamat/lokasi favicon korang kat sini' dengan url/lokasi favicon korang tu.
  4. Save template korang.
  5. View la blog korang semula untuk melihat hasilnya.

Isnin, Ogos 17, 2009

Den menaip korang membaca AHAKS

Apa khabar semua? Moga-moga sihat adanya. Ermmm hari ni den blur tak tau nak tulis apa tapi bagi mengekalkan tahap post(at least 1 post seari), den cuba juga untuk menulis.

Sebenarnya hari nie agak mandom skit sebabnya tiada incoming email datang dari customer(lebih tepat lagi takde income masuk da ehhehehe). Tapi masih ade 3 projek yang aku tak siapkan(more kepada personal drawing untuk kawan-kawan). Drawing untuk si Syaz(Naruto bebeh naruto), Cik Mawar(cute owh cute pi la masuk blog dia n kenal2 ehhehehhe) dan Ijan(karikatur yang masih den tak sentuh2 lagi). Tak pasti bila den akan siapkan drawing2 nie sebab buat masa nie den nya feel kureng. Ermm... tu la masalahnya ngan den nie bila feel takde tu nak melukis Ya Allah payah sungguh, lukis ayam jadik kotak ahahahahhahahahhaha. Kena banyakkan practice mcm si Syaz cakap.

Bila waktu-waktu macam nie, den slalunya suka mengoogle apa yang patut untuk menaikkan semangat so nak jadi citer terjumpala beberapa links yg den rase worth it untuk di kongsi dengan korang. Cuba-cubala jengah dan baca ek(takde topik tertentu link2 nie sebab den main google aje apa yang den teringin pada waktu tu ehehhehe):

  1. Logo yang mempunyai 2 maksud(kebanyakannya kepada unsur2 seks hehehehe)
  2. Laman web untuk mengutuk ebook mengarut hehehehhe(lawak siot baca nie)
  3. Blog mengenai tips-tips promosi blog yang bagi den menarik(tapi blum den blum cuba lagi nie)
  4. Satu lagi blog mengenai tips-tips template blogspot dan sebagainya

Okla.. rasenya ini aja yang den mampu tulis buat masa nie, insyallah lain waktu den akan kongsi2 lagi apa yang patut... yeahhaaaaa another posting :))

Ahad, Ogos 16, 2009

Tips mencari file di file sharing site

Assalammualaikum dan hello all,

Petang ni tetiba den rase nak berkongsi la pulak tips untuk mencari(search) sesuatu fail di laman-laman web file sharing seperti mediafire.com, fileden.com, savefile.com dan sebagainya. Apa yang perlu dilakukan hanyalah menggunakan Pakcik Google kita yang amat-amat disayangi ahak ahak.

Untuk contoh den gunakan laman web mediafire.com yang sangat-sangat la den suka ahak ahak untuk mencari fail MP3 lagu 'Know Your Enemy' daripada GreenDay.

  1. Buka browser anda, tak kisahla IE ka Firefox ka Chrome ka sama ja suma kay. Lepas tu buka la laman web Pakcik Google kita tu.
  2. Lepas tu taip perkataan nie 'site:mediafire.com [lagu].mp3', di mana bahagian [lagu] tu boleh berada dalam format seperti berikut: [nama lagu - nama artis], [nama artis - nama lagu], [nama lagu], [nama artis] ataupun korang boleh cuba pelbagai kombinasi yang korang rase akan di gunakan oleh si pengUPLOAD fail untuk menamakan fail diaorang. Sebab den nak carik lagu 'Know Your Enemy' so den taip macam nie: 'site:mediafire.com Know Your Enemy-Greenday.mp3'
  3. Bila senarai dah keluar tu, korang bolehla klik mana-mana yang korang rase bersesuaian. Bagi den, den suka pada description yang ade something seperti ni: 'Browse emiliompalacios's public files'. Yang teks berwarna merah tu akan merupakan username si pengUPLOAD so akan sentiasa berubah-ubah la. Ok, sebabnya bila adanya teks nie bermakna den boleh surf public file si pengUPLOAD yang mana selalunya mempunyai lebih banyak lagu jadi menjimatkan masa den daripada mencarinya di Pakcik Google kita(terutama bila den nak cari the whole album la hehhehehhe)
  4. Bila laman web mediafire.com di buka, korang boleh lihat di situ ada link untuk mengdownload fail tersebut.

So kalau korang nak cari kat laman web selain mediafire.com cuma gantikan teks 'mediafire.com' tu kepada url laman web yang korang nak cari.

Ok geng, selamat mencuba dan maafla sebab kali nie takde gambarajah pula ekekkekekekke.

Bagaimana nak save video streaming?

Ok kali nie den teringin nak kongsi cara-cara untuk save video streaming yang mana ada banyak cara sebenarnya(dari yg teknikal kepada lah cara mudah-klik,klik dan klik :p). Mula-mula den nak ajar cara yg mudah dengan menggunakan laman web sahaja diantaranya ialah:

KEEPVID.COM

  1. Mula-mula open laman web video yg ingin disave/download tu dan copy url dia mcm kat bawah nie:
  2. Paste URL tadi tu ke keepvid.com URL box spt gambarajah kat bawah tu dan tekan butang DOWNLOAD kat sebelah dia tu:
  3. Untuk download/save fail video tu, apa yg korang perlu buat ialah klik sahaja pada teks 'Download' kaler ijau kat senarai yang muncul macam di bawah nie:
  4. Kemudian satu kotak dialog akan muncul kat windows anda so pastikan pilihan 'Save File' di tandakan dan klik OK. Bergantung pada langkah kedua, jika korang klik kanan dan pilih 'Save Link as...' maka skip je langkah ni dan terus ke langkah 5:
  5. Bila kotak dialog 'Enter name of file to save to...' muncul, pilihla folder mana korang nak save video tu(nak senang save kat desktop bagi pelupa macam den nie ahak ahak-bila dah abis download baru la organize balik :p). Lepas tu jangan lupa namakan fail video korang tu sebab nama default kadang-kadang pelik dan umum. Jangan lupa fail korang tu mestilah berakhir dengan '.flv' dan jenis fail kat dlm kotak 'Save as type' tu ialah 'Flash Video files' ataupun 'All Files'.
    Hah... kan dah download tu dan akan habis download video tu cepat ataupun lambat bergantung pada connection korangla...

Selain daripada laman web nie ada lagi yang lain seperti savevid.com, kissyoutube.com dan banyak lagi. Langkah-langkah nak download tu pun lebih kurang sama saja(kalau x sama godek2 la laman web tu tuk carik apa yg patut ek ;P).

Yg ni pulak langkah-langkah untuk save file dengan menggunakan 'cache directory' firefox.

  1. buka firefox korang dan taip 'about:cache' kat address box firefox mcm kat bwh nie:
  2. Copy path cache direktori macam yang di tunjuk kat gambar atas tu. Korang copy la semua path tu termasuk yg den blurkan tu(yg den blurkan tu saja ja :p).
  3. Bukak korang punye 'My Computer' dan pastekan cache direktori tadi kat address bar 'My Computer' mcm kat bwh nie:
  4. Lepas tu pastikan la korang gunakan paparan Details mcm yg ditunjukan kat gambar atas tu.
  5. Kemudian arrangekan pulak senarai berdasarkan Size (dari besar ke kecik).
  6. Copy la mana file yg korang nak save tu dan paste ke dalam direktori yg korang nak contoh kat desktop ka apa ka ikut korangla. Dan jangan lupa namakan la fail tu kepada nama yang mudah nak ingat ye dak dan pastikan juga ia berakhir dengan '.flv' sebab kebiasaannya laman-laman web video mcm youtube, metacafe dan sebagainya menggunakan format fail tu.

Tapi perlu diingat hanay copy fail video yg dah pun selamat dimainkan sampai akhir kalau dak korang dapat video skerat2 je(tu pun kalau nasib baik)

OK Geng selamat mencuba ahak ahak

Sabtu, Ogos 15, 2009

Kelemahan Theme Blog Rocks My World'

So semalam den dah ubah theme/template blog nie dan terperasanla kelemahan dia iaitu tak boleh nak 'add gadget' spt 'follower' dan sebagainya(kecuali adsense-yg nie boleh di add). So kat sini den nak ajarla camne nak add manual follower section tu. Bila korang download template nie dan unzip ke hard disk korang akan ada folder bernama 'Rocks-my-World' dan di dalam dia ada fail readme.txt dan Rocks-my-World.xml kan. So korang klik kanan pada Rocks-my-world dan pilih open with>Notepad. Kalau nak lagi senang, korang open notepad pehtu klik fail XML tadi dan drag ke dalam notepad. Ok cantek, dah dapat kan dan dah dibukakan so dalam notepad tu akan dpt lebih kureng mcm kat bawah nie: Ok kalau mcm nie susah nak edit sbb line tak organize, semua data skali ja so apa yg den buat ialah open blogspot akaun den dan pegi ke 'Layout>Edit HTML' dan copy semua yg ada dlm kotak kat bwh nie: Kemudian pi balik ke notepad 'Rocks-my-World' tadi dan 'Select All(Ctrl+A)', pehtu paste(CTRL+V). Hah, kan dah cantek tu...barula dia organize sket beb dan teratur, sedap mata memandang ahak ahak. Skang apa yg den buat ialah carik perkataan nie:

<b:section class="'sidebar'" id="'sidebar'" preferred="'yes'">

nak senang tekan CTRL+F pehtu paste ayat tadi tu ke dalam kotak 'Find:' dan tekan ENTER atau butang Find Next tu... so skang perkataan tadi tu dah di hilight kan. Dialog 'find'tu boleh la di closekan skang nie. Then korang paste ayat kat bawah nie di bawah/selepas ayat yg kita carik tadi(den prefer letak kat bwh supaya dia nampak teratur dan kemas-senang nak godek lepas nie):

<b:widget id="'Followers1'" locked="'false'" title="'Followers'" type="'Followers'/">

Ok skang SAVE fail tu dan close notepad tadi. Pi balik ke blogspot akaun anda, pehtu upload kan theme fail tu semula dan save kan la template tu...tada... kan dah ada widget Follower tu ahak ahak... simple aje kan. Maybe korang tertanya-tanya kenapa den tak edit aje kat dalam blogspot editor kan lagi senang... sbbnya kat dlm editor tu payah nak Find(CTRL+F) ayat/perkataan, so better den gunakan notepad lagi senang ahak ahak! Ok geng adios kerompes satu lagi post berjaya di hasilkan ahak ahak

Yeahahahha wajah baru blog kesayangan den nie(yg dah berkurun tak jenguk :P)

Allow n salam all, Hehhe apa citer la ek.. punyala lama nyer den tak jengah blog nie dan tak usik ape-apepun. Anyway dapat semangat baru skang nie dan akan berusaha untuk sentiasa mengupdate blog nie. Ermm tp nak update ngan topikc ape? info pasal ape? erm rasenya aku takkan had blog nie ngan apa-apa topik kot... ikut apa yg aku nak post aku post...apa yg aku nak kongsi aku kongsi ehheheheh kira hentam kromo la ahahahahha

Ok la ek, untuk permulaan baru blog nie tak mahu citer banyak-banyak... eh lupa plak nak tanya. Apa pendapat korang dengan theme/template baru nie ehehhe aku dapat percuma kat sini Rocks My World Template. Senang beb tuk di apply/set ke blogspot malah kalau pada sapa2 yang tak reti nak set custom theme tu pi godek2 link tu(ada dia siap kasik step by steplagi tu cara-cara dia kan sonang bai tu)