Jumaat, Ogos 28, 2009

Rejeki Ramadan Aminnnnnnnnnnnnn

Maaflah sebab beberapa hari ni den tak menulis post baru di blog nie. Puasa pertama hari tu den balik kampung selama 2 hari untuk menyambut puasa bersama-sama my beloved parents ahak ahak. Balik-balik dari kampung, tu dia pelanggan masuk pula belum lagi campur dengan tempahan yang duk sedia menunggu sebelum Ramadan untuk disiapkan. Tu yang tak dapat den nak menulis kat blog nie. Tapi apa-apapun alhamdullilah sebab Allah murahkan rejeki untuk den. Oh yeah, bagi sesiapa yang ade bakat dan skil berkaitan grafik nie kalau berminat nak buat duit lebih di internet bolehlah cuba-cuba tawarkan khidmat korang secara online. Kat bawah ni den senaraikan beberapa laman web yang den aktif menawarkan khidmat lukisan digital(secara vektor):
  • scriptlance.com - Laman web nie berasakan proses bidaan, dimana korang boleh membida sesuatu projek yang di post(tapi kena berdaftar dahululah). Laman ni merupakan laman peberet den sebab caj yang dikenakan adalah yang paling murah iaitu 5% daripada bidaan kita atau USD5(yang mana lebih tinggi). Selain tu, bila kita withdraw duit dari akaun SL kita, tiada sebarang caj yang dikenakan oleh paypal. Caj di kenakan apabila bidaan korang berjaya, oleh itu bagi akaun baru akan ada kemungkinan akaun hanya mempunyai baki negatif. Selain itu, bagi akaun baru, withdraw hanya di benarkan selepas 30 hari daripada tarikh bayaran penuh yang pertama.
  • rentacoder.com - Laman web ini lebih banyakprojek-projek berasaskan programming begitupun terdapat juga projek designing(tapi tak banyak la). Caj yang dikenakan pula adalah diantara 0-15%, bergantung kepada jenis-jenis bidaan. Di mana 0% bagi bulettin board(pelanggan request sesuatu daripada kita, di mana beliau yang akan membayar caj kepada Rentacoder. Begitupun amat sukar untuk melihat pelanggan menggunakan bidaan ini disebabkan caj yang dikenakan agak mahal iaitu USD50 untuk post kerja terbabit). 7.5-10% untuk bonus atau direct payment iaitu pelanggan memberi bonus ataupun membayar secara terus kepada kita tanpa mengepost projek. 10-12.5% pula untuk bidaan One on One project/Enhancement, iaitu pelanggan membuka projek baru yang berkaitan dengan projek lama diantara kita dan pelanggan. 12.5-15% dikenakan untuk bidaan jenis Private iaitu pelanggan membuka projek khas untuk kita(oleh itu hanya kita sahaja yang boleh membida) dan juga untuk Projek biasa(Open Auction). Withdraw hanya dibenarkan samada pertengahan atau penghujung bulan(bagi withdraw menggunakan selain paypal). Bagi paypal, korang boleh setkan dalam akaun korang untuk auto withdraw apabila menerima bayaran daripada pelanggan. Selain itu caj standard paypal akan di kenakan bagi setiap withdraw duit dari akaun rentacoder ke paypal.
  • getafreelancer.com - Yang nie pula mengenakan caj US$5 atau 10% daripada bidaan kita, yang mana lebih tinggi. Seperti scriptlance, caj akan dikenakan setelah bidaan kita berjaya. Den kurang aktif di sini, tapi kadang-kadang dapat pelanggan daripada laman ni(dan kebanyakan pelanggan den lebih gemar membayar secara direct ke akaun den. Tak tahu kenapa camtu pulak dan pasal ni jugalah akaun den di getafreelancer ni dah berada dalam nilai baki negatif ahak ahak)
  • 99designs.com - laman web ni menawarkan pertandingan(contest) logo, web template, stationery item, illustration dan sebagainya. Hadiah yang di tawarkan di laman web ini juga agak menarik dimana hadiah minimum ialah USD100 begitupun ianya bergantung kepada jenis pertandingan itu sendiri dan competition di laman web ini amatlah sengit dan kebanyakan peserta mempunyai design skill yang tinggi.
  • crowdspring.com - seperti 99designs.com, ini juga merupakan laman web yang menawarkan pertandingan rekaan dimana hadiah yang ditawarkan ialah serendah USD200(bergantung kepada jenis pertandingan itu sendiri). Competition dah tentu sengit sebab ramai designer yang melepak kat sini ahak ahak.
Selain daripada tu ada banyak lagi laman web seperti elance.com, odesk.com, forums.digitalpoint.com, elogocontest.com dan logomyway.com. Ada lagi sebenarnya dan kalau korang teringin ari yang lain tu bolehlah gunakan khidmat Pakcik Gogel kita ahak ahak. Korang mesti tertanya-tanya kenapa senarai yang den berikan nie semuanya laman-laman web luar negara kan... Bagi den bila kita dah gunakan online nie lebih baik skop atau target kita lebih global, maka peluang kita lebih luas. Tapi bagi den sendiri, pelanggan tempatan dikenakan harga yang lebih murah berbanding luar negara... So cuba-cubalah, mana tau rejeki korang kan.

Tiada ulasan: