Ahad, Ogos 30, 2009

Mendaftar domain dengan GoDaddy.com

Untuk mendaftar atau membeli domain melalui GoDaddy ni mula-mula sekali korang mestilah mempunyai Paypal ataupun kad kredit dan sudahpun membuka akaun di Godaddy(kalau belum klik di sini untuk membaca langkah-langkah membuka akaun GoDaddy)

Ok sekarang login ke akaun GoDaddy korang dan pi ke menu 'Domain>Register Domain' seperti gambarajah di bawah nie:

Kemudian, masukkan la nama domain yang korang nak daftar tu seperti di bawah:

Kalau domain tu masih belum didaftarkan oleh sesiapa, akan tertera seperti kat bawah nie. Kalau tidak korang cuba isi nama domain yang lain.

Kalau la ade tiba-tiba muncul page/halaman yang lebih kureng camni abaikan je dan terus ke langkah seterusnya macam dalam gambarajah tu, nie semua GoDadaddy nyer promo untuk buat sales ahak ahak.

Kemudian halaman ni akan muncul, di mana ianya untuk mengesahkan pembelian anda. GoDaddy ni pandai, dia akan set default pembelian untuk jangka masa yang paling tinggi(5 tahun). Oleh itu, adalah lebih baik korang pastikan dan tetapkan jangka masa bagi domain tersebut yang ingin korang beli macam kat gambarajah di bawah ni:

Bila dah tetapkan tu korang boleh la scroll ke bawah dan klik pada pilihan 'No thanks. Im ready to checkout' dan kemudian klik pada butang 'Continue' seperti gambarajah di bawah:

Korang akan di bawa ke halaman seperti di bawah di mana di bahagian atas tu adalah produk atau domain yang korang ingin beli. Pastikan kuantiti, tahun dan harga adalah seperti apa yang korang inginkan. Di mana harga domain yang di tawarkan GoDaddy tu akan di campur dengan yuran ICANN sebanyak USD0.18 sen.

So harga sebenar bagi pembelian korang akan di paparkan di bahagian 'Total Price' dan jumlah semua pembelian di bahagian bawah tu(Your Subtotal(USD)). Di bahagian 'Enter your promo or source code' tu abaikan, tapi kalau korang ade promo atau source code boleh la letakkan di kotak tu dan kemudian klik pada butang 'Apply Code', halaman ni akan di refresh dan harga baru bagi pembelian korang akan di paparkan. Promo atau source code ni boleh lah dianggap sebagai kupon diskaun GoDaddy.

Bila selesai bahagian tu, scroll ke bawah sedikit korang akan nampak bahagian seperti gambarajah kat bawah ni:

Jadi apa yang korang perlu buat ialah klik pada pilihan 'Paypal' sebab langkah yang den ajar ni ialah menggunakan paypal.

Juga pastikan korang dah tandakan pada pilihan 'I have read...' tu dan juga baca serta fahami terlebih dahulu apa yang di nyatakan di dalam terms tu. Bila dah siap tu semua, apa lagi boleh la korang klik pada butang 'Continue With Checkout' tu(macam kat dalam gambar atas tu...).

Sekarang korang akan di bawa ke halaman login paypal korang seperti di bawah ni:

Apa yang korang perlu buat ialah masukkan alamat email dan kata laluan akaun paypal korang dan login. Tapi sebelum tu pastikan yang url address tu bermula dengan 'https://www.paypal.com' sebagai langkah keselamatan.

Kemudian skrin seperti di atas akan di paparkan, untuk keselamatan adalah lebih baik korang membaca 'Biling Agreement' tu. Bila dah abis dan paham serta setu ju dengan perjanjian tu, boleh la tekan pada butang 'Agree and Continue' macam di atas. Dengan mengklik butang tu, korang bersetuju dengan perjanjian jual beli yang dinyatakan dan memberi kebenaran untuk pihak GoDaddy mengcaj akaun paypal korang seperti yang di nyatakan.

Dan skrin di bawah ni pula akan muncul menandakan perjanjian jual beli telahpun berjaya di laksanakan dan korang bolehlah klik pada butang seperti di gambarajah di bawah:

Maka korang akan di bawa kembali ke halaman web GoDaddy seperti di bawah:

Korang bolehlah mula isikan data-data tu atau biarkan yang default(seperti mana yang korang daftar akaun sebelum ni). Kalau ade Kod Gift Card tu bolehlah isikan pada kotaknya dan bila dah selesai bolehlah klik pada butang Place Your Order tu.

Dan skrin ni pula akan muncul, maka masukkan kod seperti yang di tunjuk pada bahagian 'Access Code' tu dan klik butang 'Verify Code'.

Ok bila dah selesai, skrin ni akan di paparkan dan ini bermaksud pendaftaran domain korang telahpun selesai. Kalau korang scroll ke bawah lagi, akan ada bermacam offer atau promo daripada pihak GoDaddy ni, kalau korang berminat bacala kalau tak abaikan sahaja.

Untuk memastikan yang domain tu dah di daftarkan di bawah akaun korang, pegi ke menu di sebelah tu dan klik pada bahagian 'Domain Manager'(macam yang di tunjuk di gambar bawah ni):

Dan satu window atau tab baru akan muncul memaparkan senarai domain yang telah di daftarkan di atas akaun korang tu macam contoh di bawah nie:

So Tahniahla sebab korang dah berjaya mendaftarkan domain baru korang...YIPPIE kataku ahak ahak.

Bagi sesiapa yang tak mempunyai akaun paypal, kedit kad or sebagainya tapi ingin membeli domain melalui GoDaddy ni bolehla email den dan harga mengikut apa yg GoDaddy dah tetapkan di laman web dia tu la(den ade amik untung kek sini melalui penggunaan diskaun kupon ahak ahak). Jangan malu-malu or segan-segan email la den yer :P

Tiada ulasan: