Ahad, Ogos 30, 2009

Membuka akaun GoDaddy.com

Bagi yang dah biasa dengar godaddy tu mesti dah tau apa itu godaddy kan, bagi yang kurang pasti tu GoDaddy ni adalah merupakan salah satu pendaftar domain internet yang sah. Selain itu, GoDaddy juga ada menyediakan perkhidmatan yang lain seperti email hosting, web hosting dan pelbagai lagi. Begitupun den tak syorkan korang mencuba perkhidmatan GoDaddy selain pendaftaran domain, tapi kalau korang nak cuba silakan ahak ahak(pengalaman sendiri lebih baik daripada orang lain kan ahaks).

Kenapa den syorkan beli domain daripada GoDaddy nie? Sebabnya mudah sangat-sangat, MURAH dan bagi den sendiri tiada pendaftar lain yang dapat celen buat masa ni. Bagi pendaftaran .com hanya dikenakan USD10.69 setahun dan kalau di convert ke RM(bagi rate hari ni ialah 3.52) maka jadilah RM37.62. Sebenarnya kalau di Malaysia ni boleh dapat murah lagi contohnya seperti di jomhosting.net(RM35 setahun) dan mercumaya.net(RM30 setahun). Tapi melalui GoDaddy, korang bukan sahaja mendapat nama domain tetapi percuma email hosting(1 akaun) dan email forwarder(sehingga 100 akaun), amatlah bersesuaian bagi mereka yang hanya ingin menggunakan akaun blogspot sebagai hosting(maka blog korang nampak lebih profesional la dengan nama blog .com dan juga ade alamat email under address blog korang).

So untuk mendaftar domain daripada GoDaddy ni, mula-mula sekali korang buka laman web GoDaddy.com tu kemudian kat atas sekali tu ade menu 'Create Account'(macam gambar kat bawah ni), hah klik la kat situ.

Kemudian satu borang/form akan di paparkan, korang isi la maklumat kat situ. Korang nak isi maklumat betul ka tipu ka terpulang la cuma pastikan alamat email yang korang kasik tu ialah email yang selalu korang guna dan aktif. Sebab apa-apa info berkaitan domain korang akan di email ke situ contohnya penukaran kata laluan.

Apabila dah siap diisi borang tu dan dah dihantar, korang akan di bawa ke satu page/halaman seperti kat bawah nie:

Ok... maksudnya korang dah berjaya la membuka akaun GoDaddy nie.... Simple aje kan.

So macam mana nak beli domain daripada GoDaddy nie? Korang boleh baca artikel yang den buat ni--> Daftar domain dengan GoDaddy

Tiada ulasan: