Khamis, Disember 17, 2009

Akhirnya ku miliki jua HostGator akaun daaaaaaa...

Sebenarnya dah lama pun saya mengetahui berkenaan promo HostGator ni cuma agak keberatan untuk mencuba walaupun selepas akaun hosting saya yang terdahulu telah di suspend atas sebab2 yang tidak diketahui. Saya pula jenis yang malas nak bertegang urat selepas 2-3 kali email sana email sini akhirnya saya rase cukuplah proses tu dan lupakan sahaja. Kalau diikutkan itu merupakan hak kita sebagai pembeli untuk mengetahuinya, tapi entahlah... Bayaran untuk setahun pun hangus macam tu sahaja, apa nak buat ye dak??

So selepas kejadian tu saya agak serik untuk membeli hosting nie dan cuba untuk fikir semasak-masaknya sebelum membeli mana-mana akaun hosting. Di sebabkan itu jugalah, saya membiarkan laman web portfolio saya di host di hosting percuma dan dalam jangka masa 2-3 bulan tersebut, 3 hosting percuma yang saya cuba.

Pertama sekali ialah byethost.com, spesifikasi hosting ni agak memuaskan bagi rate mereka("hosting percuma"). Mereka juga adalah diantara hosting percuma yang aktif membuat promosi malahan laman forum(tidak diselia oleh pekerja-pekerja mereka) mereka juga agak friendly dengan ramai yang sudi untuk membantu anda jika mempunyai masalah. Begitupun apa yang dapat saya rasakan, hosting ini akan melakukan redirection kepada laman web pengiklanan mereka pada waktu-waktu tertentu. Saya masih tidak pasti sebab berlakunya perkara ini.

Oleh itu, saya membuat keputusan untuk menukar hosting. Dan kali ini saya berjaya mendapatkan hosting kepunyaan rakyat malaysia iaitu YinyangHost.com. Di sini, pemilik yinyanghost bermurah hati untuk memberikan hosting percuma kepada mereka yang memberikan post di forumnya. Saya sempat menggunakan lebih kurang 3-4 minggu, setelah 3-4 hari saya menukarkan Nameserver laman web portfolio saya kepada yinyanghost ini, sesuatu yang mendukacitakan berlaku. Tiba-tiba sahaja laman web saya tidak dapat diakses dan bila di selidiki lebih lanjut, barulah saya tahu rupa-rupanya yinyanghost.com juag tidak bertahan. tak pasti apa yang berlaku terhadap hosting ini.

Menyedari perkara ini, saya pun menggunakan khidmat obosor.com, tak banyak yang saya ketahui daripada penyedia hosting percuma ini. Cuma berkemungkinan ianya menggunakan sistem reseller byethost.net berdasarkan VPANEL yang digunakan. Begitupun itu hanya tekaan sahaja dan 2-3 hari sebelum ini, saya mendapati laman web mereka juga telah dikemaskini dan dipercantikkan(kira di buat make over la). Pada mulanya semua berjalan lancar, begitupun selepas sahaja saya membuang data default MX address(ini disebabkan saya menggunakan Google Apps bagi mengakses email-sebabnya saya inginkan fungsi GTALK), satu lagi masalah timbul dan saya cuba perbetulkannya sendirian. Setelah berhempas pulas dekat sehari suntuk masih tidak berjaya maka saya menghantar tiket bertanyakan perkara terbabit. Apa yang lebih memeranjatkan saya selepas itu ialah laman web saya terus tidak dapat di akses(walaupun ftp berjalan baik). Ermmm di sini saya rasa agak musykil, marah dan seangkatanya, tapi kalau diikutkan nak marah pun tak boleh sebabnya saya bukan pun bayar untuk menggunakan hosting mereka. Dekat 2-3 hari jugalah perkara ini terbiar sementara saya cuba mendapatkan penyelesaian yang lain. Bermakna saya dah rugi juga tu, yelah mana lah tahu kalau-kalau ada pelanggan yang cuna menghubungi saya melalui email tersebut.

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menggunakan akaun hosting berbayar saya(dengan penyedia hosting tempatan), mana lagi JomHosting.net la. Dah lebih 2-3 bulan juga saya beli tapi tak terpakai-pakai lagi sebabnya projeck yang ingin dilancarkan itu masih berada dalam mimpi daaaaaaa hehhehehehhe. Hosting nie kira hosting bajet la dan mampu milik untuk rakyat Malaysia hehhehehe dan pemiliknya iaitu Bro WanMus pun seorang yang ramah dan mesra pengguna gitu. Cuma biasalah kalau dah murah kan jadi pasti adenya masalah, tapi tak la sekerap penyedia hosting percuma. Kira oraitla untuk laman web saya yang tak mempunyai ribuan pengunjung hehhehe. Satu lagi kalau bab-bab teknikal agak payah juga dengan JomHosting ni, tapi kalau diikutkan perkembangan nampaknya Bro WanMus tengah cuba mencari technician/programmer dan customer support. Berita baik tu dan harap-harap lepas nie bahagian teknikal JomHosting akan lebih lancar daripada sekarang.

Jadi berbalik kepada hostgator, saya telah membeli satu akaun hosting HostGator sebagai percubaan untuk sebulan ni. Saya telah mengambil pakej Baby yang berharga $9.95(bagi langganan bulanan atau setahun) dan mengaktifkan kupon 'wordpress'. Kupon ini memberikan diskaun $9.94 dari harga asal untuk bulan yang pertama dan juga bagi pelanggan baru sahaja. Oleh itu, saya berjaya mendapatkan hosting tersebut selama sebulan dengan bayaran $0.01 sen sahaja. Ya betul tak tipu punya ni, tapi untuk bulan berikutnya caj yang dikenakan akan kembali kepada harga normal. Setakat ni saya belum buat apa-apa lagi dengan hosting tu sebab agak sibuk untuk 2-3 hari nie, tempahan masih tak siap-siap agi da....

Ok la yer kengkawan rasanya cukuplah sampai di sini sahaja, lain kali kita bertemu lagi yeahaaaaaaaaaaaa

Tiada ulasan: