Jumaat, Disember 25, 2009

Dapatkan Hosting percuma

Dapatkan hosting secara percuma di hostbluecow. Pihak hostbluecow ni mempunyai 2 pakej iaitu Shared dan Reseller. Di mana untuk shared hosting(mengikut laman web beliau), menawarkan 2.5GB kapasiti storan dan 25GB bandwidth. Begitupun pakej ini hanya dibenarkan menghos 2 laman web sahaja. Malahan untuk memiliki pakej ini anda perlu mempunyai domain sendiri. Pihak hostbluecow tidak menyediakan subdomain untuk anda. Jadi bagi mereka yang ingin mencuba CPANEL dan sebagainya boleh dapatkan hosting ni secara percuma. Oh ya hampir terlupa, promosi ini akan berjalan sehingga 1 Julai 2010 sebelum mereka dilancarkan(sekarang ini masih dalam peringkat percubaan).

Saya sempat bersembang dengan Mr. Ronald Goh(pemilik hosting ini) melalui Live Chat di laman web tersebut. Mengikut kata Mr. Ronald, pakej reseller berkemungkinan akan di caj dalam lingkungan USD6-USD9 sebulan bagi 2GB kapasiti dan 5 account. Begitupun ianya belum ditentukan, jadi kalau anda mempunyai pandangan yang lain bolehlah berkongsi dengan beliau.

Manakala propagation time pun kira ok juga dalam masa beberapa minit sahaja, ini berdasarkan percubaan saya menukar nameserver salah satu domain saya kepada hostbluecow. Ianya mungkin berbeza bagi anda, domain tersebut sebelum ini di host kan di sebuah syarikat hosting Malaysia dan hostbluecow kalau tak salah saya bertempat di US.

Jadi apa lagi yang ditunggu, dapatkan la promosi ni sementara stok masih ada.

Klik di sini: hostbluecow

Tiada ulasan: