Ahad, Ogos 16, 2009

Bagaimana nak save video streaming?

Ok kali nie den teringin nak kongsi cara-cara untuk save video streaming yang mana ada banyak cara sebenarnya(dari yg teknikal kepada lah cara mudah-klik,klik dan klik :p). Mula-mula den nak ajar cara yg mudah dengan menggunakan laman web sahaja diantaranya ialah:

KEEPVID.COM

  1. Mula-mula open laman web video yg ingin disave/download tu dan copy url dia mcm kat bawah nie:
  2. Paste URL tadi tu ke keepvid.com URL box spt gambarajah kat bawah tu dan tekan butang DOWNLOAD kat sebelah dia tu:
  3. Untuk download/save fail video tu, apa yg korang perlu buat ialah klik sahaja pada teks 'Download' kaler ijau kat senarai yang muncul macam di bawah nie:
  4. Kemudian satu kotak dialog akan muncul kat windows anda so pastikan pilihan 'Save File' di tandakan dan klik OK. Bergantung pada langkah kedua, jika korang klik kanan dan pilih 'Save Link as...' maka skip je langkah ni dan terus ke langkah 5:
  5. Bila kotak dialog 'Enter name of file to save to...' muncul, pilihla folder mana korang nak save video tu(nak senang save kat desktop bagi pelupa macam den nie ahak ahak-bila dah abis download baru la organize balik :p). Lepas tu jangan lupa namakan fail video korang tu sebab nama default kadang-kadang pelik dan umum. Jangan lupa fail korang tu mestilah berakhir dengan '.flv' dan jenis fail kat dlm kotak 'Save as type' tu ialah 'Flash Video files' ataupun 'All Files'.
    Hah... kan dah download tu dan akan habis download video tu cepat ataupun lambat bergantung pada connection korangla...

Selain daripada laman web nie ada lagi yang lain seperti savevid.com, kissyoutube.com dan banyak lagi. Langkah-langkah nak download tu pun lebih kurang sama saja(kalau x sama godek2 la laman web tu tuk carik apa yg patut ek ;P).

Yg ni pulak langkah-langkah untuk save file dengan menggunakan 'cache directory' firefox.

  1. buka firefox korang dan taip 'about:cache' kat address box firefox mcm kat bwh nie:
  2. Copy path cache direktori macam yang di tunjuk kat gambar atas tu. Korang copy la semua path tu termasuk yg den blurkan tu(yg den blurkan tu saja ja :p).
  3. Bukak korang punye 'My Computer' dan pastekan cache direktori tadi kat address bar 'My Computer' mcm kat bwh nie:
  4. Lepas tu pastikan la korang gunakan paparan Details mcm yg ditunjukan kat gambar atas tu.
  5. Kemudian arrangekan pulak senarai berdasarkan Size (dari besar ke kecik).
  6. Copy la mana file yg korang nak save tu dan paste ke dalam direktori yg korang nak contoh kat desktop ka apa ka ikut korangla. Dan jangan lupa namakan la fail tu kepada nama yang mudah nak ingat ye dak dan pastikan juga ia berakhir dengan '.flv' sebab kebiasaannya laman-laman web video mcm youtube, metacafe dan sebagainya menggunakan format fail tu.

Tapi perlu diingat hanay copy fail video yg dah pun selamat dimainkan sampai akhir kalau dak korang dapat video skerat2 je(tu pun kalau nasib baik)

OK Geng selamat mencuba ahak ahak

4 ulasan:

MrRoll berkata...

nice :D

akuribena berkata...

hehhe pendek ja komen MrRoll tp apa-apapun tenkayu sebab sudi singgah di sini

Tanpa Nama berkata...

okeh!!trimas..mcm tutor dah ni.. jgn pk sangat apa yang orang lain komen..yang penting, kita puas dengan apa yang kita dah buat..

akuribena berkata...

Terima kasih Tanpa Nama... insyallah akan cuba memblog lebih kerap lagi.. di samping tu mungkin boleh saya perbaiki oalahan penulisan pula kan :)