Selasa, Ogos 18, 2009

Cara menetapkan favicon blogspot anda

Yay, kita jumpa lagi dan kali nie den nak berkongsi cara untuk menetapkan favicon di blogspot. Bagi diri den sendiri, ianya tidaklah terlalu sukar untuk dilakukan. Jadi tanpa membuang masa apa kata kita terus kepada langkah pertama yeahaaaaaaaaa...
  1. Mula-mula apa yang perlu dilakukan ialah mendapatkan imej/ikon yang bersesuaian untuk di jadikan favicon. Ianya menyokong fail format IKON(.ico), GIF(.gif), JPEG(.jpg) dan PNG(.png). Begitupun format yang terbaik adalah .ico yang di sokong oleh kesemua browser(oleh itu favicon anda sentiasa dipaparkan). Manakala saiz yang bersesuaian ialah 16x16 piksel, begitupun anda boleh menggunakan saiz yang lebih besar tetapi tidak digalakan kerana imej tersebut berkemungkinan akan menjadi distorted(saiz ideal diantaranya ialah 16x16, 24x24, 32x32, 64x64). So macamana nak buat imej/ikon nie? Anda bolehlah menggunakan apa-apa program grafik yang boleh menyimpan sesuatu imej dalam bentuk format yang dinyatakan di atas ataupun kalau nak lagi senang boleh ke laman web Favicon Generator and Gallery atau FavIcon from Pics. Silalah ikuti arahan yang dinyatakan kat laman web tu untuk membuat favicon anda yer.
  2. Kemudian anda perlulah mengupload fail favicon nie ke akaun hosting korang. Kalau tiada akaun hosting, korang boleh la menggunakan laman web file sharing(seperti fileden.com), photo sharing(seperti fotopages.com) dan social networking(seperti facebook, myspace, tagged dan sebagainya). Kalau takde juga akaun di laman-laman web macam tu, korang boleh upload aje ke akaun blogspot korang dengan cara membuat post baru dan kemudian klik butang 'Add Image' untuk mengupload favicon korang tu. Bila dah selesai upload, klik pada tab 'Edit Html' dan anda akan melihat kod macam nie:
    <a onblur="try {parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}" href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjtsD1REJM-h3xKpF-8y-d1HofqTDCHT5GkzIAvLotTUZBGZ9kQs8lAe0teJiNubqeDbfufQVsHLi4vOXMsu7uIpdpz66Ce5StE3gPO1HQHr7yP27JWEpjUGwhkUBNPB3jYKlV0/s1600-h/komikmalaysia.gif"><img style="margin: 0px auto 10px; display: block; text-align: center; cursor: pointer; width: 100px; height: 100px;" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjtsD1REJM-h3xKpF-8y-d1HofqTDCHT5GkzIAvLotTUZBGZ9kQs8lAe0teJiNubqeDbfufQVsHLi4vOXMsu7uIpdpz66Ce5StE3gPO1HQHr7yP27JWEpjUGwhkUBNPB3jYKlV0/s400/komikmalaysia.gif" alt="" id="BLOGGER_PHOTO_ID_5371032806771721746" border="0" /></a>
    Perasaan tak perkataan yang den kalerkan merah tu, hah tu la url/alamat imej yang baru aje korang uploadkan tadi(korang punya akan berlainan sedikit la daripada yang den tunjuk tu). So itulah dia url/alamat/lokasi imej yang korang upload tadi dan kemudian 'SAVE AS DRAFT'. Nak publish post tu atau tak terpulang kat korangla.
  3. Sekarang pergi ke 'Layout>Edit HTML'. Di dalam kotak html editor tu korang paste kod nie:
    <link href='taip url/alamat/lokasi favicon korang kat sini' rel='shortcut icon'/>
    sebelum perkataan '</head>'. Jangan pula lupa tukarkan 'taip url/alamat/lokasi favicon korang kat sini' dengan url/lokasi favicon korang tu.
  4. Save template korang.
  5. View la blog korang semula untuk melihat hasilnya.

1 ulasan:

kamelia berkata...

ala...npe xblh pn nk ltk icon lam blogspot ni...da ikut step tp xblh..asyik2 error je...mse kt edit HTML tu yg asyik error je... head tu yg ad lam HTML blog atas skali ea?
da try bt,tp hasilnye xde pn kuar pape,still logo blog je