Rabu, Ogos 19, 2009

Kepenatan dan kepeningan

Adui.. aduii... ngeluh aje den hari ni. Dari siang tadi dok pulun menggodek blogspot nie dari satu ke satu benda. Tapi benda-benda nie semua hanyalah hobi den aje dan berkemungkinan la akan padam satu hari nanti sepertimana minat den pada dunia skrip mirc yang dah padam sekarang nie.

Cerita pasal mirc skrip nie teringat den bila masa mula-mula menjadi seronok dan taksub dengan dunia tu(bukan dunia chat mirc tetapi lebih kepada skrip mirc tu). Den tak ingat siapa yang memperkenalkan den dengan dunia skrip mirc nie tetapi yg kenalkan dunia mIRC ialah senior den kat ITM, bro Jantan and Kacung. Tapi masa tu depa setakat kenal-kenalkan cara-cara nak chat gunakan mIRC tu ja. Oh yeah baru den teringat bro Grob selalu bercerita pasal dunia skrip mIRC yang canggih dan den rasa sebab tu la den teramat-amatla teruja nak mendalami dunia tu hehehhehe. Ingat lagi bila masa den sentiasa terbaring bersama-sama buku nota yang di penuhi dengan kod-kod mIRC skrip. Tu semua di sebabkan takde duit nak beli PC masa tu hehheheh so alternatifnya den 'koding' di buku nota dan bila ada sen dan masa pergi ke Siber Kafe untuk mengtransferkannya. Entah berapa banyak duitla yang den labur untuk pergi ke Siber Kafe tapi masa tu memangla taksubnya, jadi tak endah sangat bab-bab kewangan tu(ye la dah la masa tu dunia student-FAMA kan ehehhehe).

Teringat gak sampai kawan-kawan den pernah bertanya "Apa yang kau dapat dengan main mIRC nie? Duit? Kopak adala". Tapi bila di fikirkan ada betulnya juga, kopak memang kopak, belajar entah ke mana tapi at least bagi den dengan mIRC skrip ni la penyebab den berminat dengan komputer nie. Sekurang-kurangnya sekarang nie komputer nie la yang menghasilkan sesuatu untuk diri den walaupun tak banyak tapi bolehlah buat beli rokok dan minum kopi kat kedai mamak ahahahahhaha.

Erm... entah kenapa tetiba nak bercerita pasal kisah silam tok kaduk pula... mungkin dah buang tebiat kot ehehhehe.

2 ulasan:

Cik Mawar berkata...

ehem ehem.. MIRC..
Tempat kita berjumpa..
bermulanya ikatan perkenalan
kekekekeke..

akuribena berkata...

hehhehe ikat ape buah jambu susu ka :p